Terdapat beberapa jenis motosikal yang terdapat dalam pasaran pada masa kini.....
Info ini adalah untuk anda yang masih lagi tercari-cari jenis motosikal yang sesuai dengan gaya dan cara penggunaan anda. Samaada untuk kegunaan harian mahupun untuk berkonvoi sahaja....
motosikal biasanya dibahagikan kepada beberapa jenis....
Superbike
Motosikal ini biasanya mempunyai cc 250 hingga 1300.Motosikal ini sesuai untuk anda yang mahukan cabaran dalam pemanduan kenderaan beroda dua. "Gaya agresif" diperlukan untuk pemandu yang membawa motosikal jenis ini...Direka khas bertujuan untuk kelajuan yang tinggi dengan posisi
menunggang, frame, adjustable suspension dan fairing yang mampu untuk
mengurangkan rintangan angin Penampilannya berbentuk lumba (racing) dengan fairing penuh dengan bentuk yang kompak dan tiada ruang untuk menyimpan barang.
Contoh motosikal jenis superbike
Sports Touring
Motosikal jenis ini biasanya mempunyai bentuk fizikal yang hampir sama dengan superbike tetapi beberapa perubahan dilakukan untuk keselesaan penunggang semasa perjalanan jauh.Contohnya seperti tempat duduk dan bar pemegang ditinggikan untuk keselesaan penunggang.Enjin juga ditala untuk menjimatkan bahan api..
Contoh motosikal jenis sport touring
Cruiser
Motosikal jenis ini direka untuk perjalanan jauh.Enjin motosikal ini mempunyai putaran enjin yang rendah oleh itu enjin cruiser ini mempunyai kilasan yang tinggi dan kuasa kuda yang tidak begitu tinggi oleh itu motosikal cruiser menjimatkan bahan api...
Contoh motosikal jenis cruiser
Naked
Motosikal naked mendapat gelaran sedemikian kerana motosikal jenis
sebegini menampakkan enjinnya serta tidak mempunyai fairing. Sifat
enjinnya serta pengendaliannya adalah sama dengan motosikal sports
touring.
Contoh motosikal jenis naked
Motocross/Off-road
Motosikal jenis motocross direka untuk digunakan di luar jalan raya
iaitu di jalan tanah merah yang tidak rata. Motosikal motocross
mempunyai tempat duduk dan hendal yang tinggi, roda berjejari besar
serta sistem suspensinya adalah keras dan mempunyai gerakan yang besar
untuk menyerap daya hentakan di jalan tanah merah yang tentunya lebih
kuat berbanding di jalan raya. Tayar motosikal motocross juga mempunyai bunga yang banyak bagi mengukuhkan cengkaman di jalan tanah merah.
Contoh motosikal jenis motocross/off-road
Dual-Purpose
Motosikal jenis ini kebiasaannya sama seperti motosikal jenis dual purpose...tetapi diubahsuai sedikit untuk keselesaan di atas jalan raya...
Contoh motosikal jenis dual-purpose
Skuter
Motosikal jenis ini biasanya didatangkan dalam cc yang rendah seperti 50cc-100cc tetapi ada juga cc yang besar seperti 250cc-900cc.Motosikal jenis ini amat popular di eropah kerana menjimatkan minyak.Biasanya motosikal ini mempunyai gear automatik..motosikal ini mempunyai tempat menyimpan barang di bawah tempat duduk...
Contoh motosikal jenis vespa
Kapcai
Motosikal jenis ini biasanya popular di asia.Ini kerana motosikal jenis ini yang murah dan juga menjimatkan bahan api.Tetapi motosikal jenis ini mempunyai tahap keselamatan yang rendah berbanding motosikal besar..Motosikal ini digerakkan oleh enjin berkapasiti 50cc-125cc.Kebanyakan motosikal kapcai menggunakan transmisi manual tetapi menggunakan klac
emparan automatik untuk memudahkan penunggang menukar gear tanpa
menghadapi masalah enjin hampir mati kerana kurang cekap menggunakan
klac manual...
Contoh motosikal jenis kapcai
Tuesday, 31 December 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment