Saturday, 18 January 2014

BENELLI KEEWAY BN 300

Jenama Benelli Keeway hari ini semakin dikenali di kalangan bikers di negara kita.Dengan pengenalan motosikal TNT600 dengan harga yang amat berpatutan jenama ini semakin dikenali di malaysia.Malah pelbagai lagi model motosikal yang diperkenalkan oleh Benelli Keeway ini seperti RKV200 dan TX200.Kini ada ura2 mengatakan Benelli Keeway malaysia akan membawa satu lagi model baru yang dikenali di negara luar dengan nama BN300.

Inilah rupa BN300 yang ade iras-iras kawasaki ER6N

Marilah kita sama-sama berharap pihak Benelli Keeway malaysia bakal membawa model ini masuk ke malaysia.Anggaran harga yang dibuat adalah dalam RM16k.

Wednesday, 15 January 2014

YAMAHA R25

  
Nampaknya industri permotoran di malaysia semakin berkembang dengan pesat.Pihak yamaha sudah mengelurkan motornya yang terbaru sesuai untuk golongan anak muda.Ini kerana motor yang mempunyai kapasiti sebanyak 250cc ini amat sesuai untuk anda yang baru berjinak dalam bidang motor besar ini.             


Motor ini didatangkan dengan 6 kelajuan dan mempunyai chasis yang ringan.dengan kuasa kuda sebanyak 35++ amat sesuai untuk anda yang baru belajar menggunakan motor besar.motosikal ini boleh memberikan persaingan kepad pengeluar lain dalam kategero 250cc.


Rossi bersama yamaha r25 semasa memadu uji jentera ini.


Tuesday, 31 December 2013

Jenis-Jenis Motosikal

Terdapat beberapa jenis motosikal yang terdapat dalam pasaran pada masa kini.....
Info ini adalah untuk anda yang masih lagi tercari-cari jenis motosikal yang sesuai dengan gaya dan cara penggunaan anda. Samaada untuk kegunaan harian mahupun untuk berkonvoi sahaja....
motosikal biasanya dibahagikan kepada beberapa jenis....

Superbike
     Motosikal ini biasanya mempunyai cc 250 hingga 1300.Motosikal ini sesuai untuk anda yang mahukan cabaran dalam pemanduan kenderaan beroda dua. "Gaya agresif" diperlukan untuk pemandu yang membawa motosikal jenis ini...Direka khas bertujuan untuk kelajuan yang tinggi dengan posisi menunggang, frame, adjustable suspension dan fairing yang mampu untuk mengurangkan rintangan angin Penampilannya berbentuk  lumba (racing) dengan fairing penuh dengan bentuk yang kompak dan tiada ruang untuk menyimpan barang.
            Contoh motosikal jenis superbike
Sports Touring
     Motosikal jenis ini biasanya mempunyai bentuk fizikal yang hampir sama dengan superbike tetapi beberapa perubahan dilakukan untuk keselesaan penunggang semasa perjalanan jauh.Contohnya seperti tempat duduk dan bar pemegang ditinggikan untuk keselesaan penunggang.Enjin juga ditala untuk menjimatkan bahan api..
           Contoh motosikal jenis sport touring
                                   
Cruiser
    Motosikal jenis ini direka untuk perjalanan jauh.Enjin motosikal ini mempunyai putaran enjin yang rendah oleh itu enjin cruiser ini mempunyai kilasan yang tinggi dan kuasa kuda yang tidak begitu tinggi oleh itu motosikal cruiser menjimatkan bahan api...
        Contoh motosikal jenis cruiser
                                       
Naked
        Motosikal naked mendapat gelaran sedemikian kerana motosikal jenis sebegini menampakkan enjinnya serta tidak mempunyai fairing. Sifat enjinnya serta pengendaliannya adalah sama dengan motosikal sports touring.
       Contoh motosikal jenis naked
                                       
Motocross/Off-road
       Motosikal jenis motocross direka untuk digunakan di luar jalan raya iaitu di jalan tanah merah yang tidak rata. Motosikal motocross mempunyai tempat duduk dan hendal yang tinggi, roda berjejari besar serta sistem suspensinya adalah keras dan mempunyai gerakan yang besar untuk menyerap daya hentakan di jalan tanah merah yang tentunya lebih kuat berbanding di jalan raya. Tayar  motosikal motocross juga mempunyai bunga yang banyak bagi mengukuhkan cengkaman di jalan tanah merah.
        Contoh motosikal jenis motocross/off-road
                                   

 Dual-Purpose
    Motosikal jenis ini kebiasaannya sama seperti motosikal jenis dual purpose...tetapi diubahsuai sedikit untuk keselesaan di atas jalan raya...
        Contoh motosikal jenis dual-purpose
                                     
Skuter

     Motosikal jenis ini biasanya didatangkan dalam cc yang rendah seperti 50cc-100cc tetapi ada juga cc yang besar seperti 250cc-900cc.Motosikal jenis ini amat popular di eropah kerana menjimatkan minyak.Biasanya motosikal ini mempunyai gear automatik..motosikal ini mempunyai tempat menyimpan barang di bawah tempat duduk...
      Contoh motosikal jenis vespa
                                     
Kapcai

    Motosikal jenis ini biasanya popular di asia.Ini kerana motosikal jenis ini yang murah dan juga menjimatkan bahan api.Tetapi motosikal jenis ini mempunyai tahap keselamatan yang rendah berbanding motosikal besar..Motosikal ini digerakkan oleh enjin berkapasiti 50cc-125cc.Kebanyakan motosikal kapcai menggunakan transmisi manual tetapi menggunakan klac emparan automatik untuk memudahkan penunggang menukar gear tanpa menghadapi masalah enjin hampir mati kerana kurang cekap menggunakan klac manual...
       Contoh motosikal jenis kapcai